Pos Malaysia Pertimbang Keluar Setem Khas Jika Permintaan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Pos Malaysia Berhad akan mempertimbang pengeluaran siri setem atau filateli khas sempena acara tertentu seperti temasya sukan dan lawatan pembesar asing ke negara ini, jika terdapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli bagaimanapun berkata sebarang keputusan berhubung pengeluaran setem bergantung kepada garis panduan di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)

“Orang ramai boleh hantar cadangan kepada Pos Malaysia menerusi e-mel dan cadangan yang dihantar itu akan dibincang bersama pihak pengurusan atasan Pos Malaysia sama ada terdapat keperluan ataupun tidak untuk mengeluarkan setem sebegini,” katanya kepada Bernama pada sidang akhbar Pameran Setem Tiga Negara (Malaysia-Singapura-Thailand) di sini Rabu.

Turut hadir Presiden Persatuan Filateli Malaysia Datuk Anuar Bashah Mohd Sohore dan Ketua Hal Ehwal Pos dan Tandatangan Digital SKMM Mohamad Zaidi Abdul Karim.

Yasmin berkata Pos Malaysia juga perlu melihat kriteria dan signifikan tertentu dalam pengeluaran setem.

“Contohnya, siri setem dan filateli khas sempena Jubli Intan Ratu Elizabeth II dan lawatan Diraja Duke dan Duchess of Cambridge ke Malaysia pada September tahun lepas, terdapat signifikan tersendiri…,” katanya.

Mengulas Pameran Setem Tiga Negara itu, Anuar Bashah berkata ia turut melibatkan penyertaan pelajar sekolah dari seluruh Malaysia serta pengumpul boleh membeli koleksi setem daripada peniaga filateli tempatan dan antarabangsa.

Pameran berlangsung mulai 23 hingga 25 Ogos di tingkat tiga Dewan Sri Pos, Ibu Pejabat Pos Malaysia dari 10 pagi hingga 6 petang, kecuali pada 25 Ogos iaitu dari 10 pagi hingga 3 petang.

— BERNAMA

This entry was posted in Filateli, Malaysia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s