Pos Malaysia keluarkan setem Keajaiban Hutan-Hutan Di Malaysia

KEAJAIBAN HUTAN DI MALAYSIA

KAKITANGAN Pos Malaysia, Norain Zakaria menunjukkan keluaran terbaharu koleksi Sampul Surat Hari Pertama di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Mei – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi lengkap setem lembaran mini, sampul surat hari pertama dan fail yang bertema keajaiban hutan di Malaysia pada 13 Mei ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Yasmin Ramli berkata, koleksi tersebut akan memaparkan tiga hutan simpan yang terkenal dan tertua iaitu Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Royal Belum (Perak) dan Maliau Basin (Sabah).

“Idea kami mengeluarkan koleksi filateli yang bertemakan hutan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan rakyat terhadap keunikan hutan di Malaysia.

“Sebagai contoh Royal Belum dipercayai telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu dan ini menjadikannya salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia, lebih tua daripada hutan hujan Amazon dan Congo,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan koleksi filateli keajaiban hutan di Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Yasmin, koleksi tersebut boleh dimiliki pada harga RM5 bagi setiap setem lembaran mini dalam tiga reka bentuk.

“Cetakan adalah terhad, hanya 80,000 keping bagi setiap satu reka bentuk setem lembaran mini, manakala bagi fail keluaran khas dikeluarkan sebanyak 2,000 keping.

“Koleksi ini turut merangkumi tiga reka bentuk Sampul Surat Hari Pertama, berharga 50 sen sekeping dan boleh diperoleh di semua cawangan Pos Malaysia,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengumpul setem dan orang awam yang berminat untuk mendapatkan koleksi tersebut supaya hadir awal ke pejabat pos berdekatan.

“Tawaran adalah terhad, siapa yang datang dahulu dia akan dapat, ini kerana tiada cetakan semula bagi koleksi ini,” katanya.

– UTUSAN

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s