Jadikan Setem Sebagai Rujukan Sejarah – Anuar Bashah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Selain hobi pada masa lapang, kegiatan mengumpul dan menyimpan setem boleh menimbulkan rasa sayang kepada negara, kata Presiden Persatuan Filateli Malaysia (PSM) Datuk Anuah Bashah Mohd Sohore.

Katanya melalui paparan pada setem, pengumpul, khususnya golongan muda boleh mengenali sejarah negara.

Selain itu, sesetengah setem juga memaparkan fauna dan flora serta agama dan budaya masyarakat di sesebuah negara, sekali gus mendidik pengumpul mengenai sosiobudaya negara berkenaan, katanya kepada pemberita selepas berucap pada Aktiviti Galakan Penggunaan Pusat Maklumat dan Perpustakaan (Infolib) & Bernama Kid’s 1Malaysia Club, di Wisma Bernama, di sini Selasa.

Selain setem, mengumpul Sampul Surat Hari Pertama (SSHP) juga boleh dijadikan aktiviti masa lapang kerana SSHP hanya dikeluarkan pada hari pertama bersama-sama dengan setem peringatan, katanya.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama Ahmad Zukiman Zain berkata beliau sudah mengumpul SSHP sejak 1975 dan sehingga kini memiliki hampir 400 keping.

“Selain mempamerkan maklumat, tujuan, disertakan setem yang bercop tarikh hari pertama ianya dikeluarkan, SSHP mempunyai nilai sejarah dan estetika yang tinggi serta pengeluarannya adalah terhad menjadi faktor saya mengumpul sampul surat tersebut,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s