Setem Dan Syiling Emas Istimewa Rai Jubli Emas Muzium Negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Setem serta syiling emas dan perak edisi istimewa akan dikeluarkan oleh Muzium Negara sempena Sambutan 50 tahun Penubuhan Muzium Negara yang akan disambut pada 31 Ogos ini.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata sebanyak 1.5 juta setem akan dihasilkan oleh Pos Malaysia manakala 27,750 keping syiling emas dan perak akan dicetak oleh Bank Negara Malaysia khusus bagi meraikan sambutan Jubli Emas, bersama Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-56.

Setem terbabit tertera gambar-gambar muzium yang terdapat di seluruh Malaysia manakala syiling itu pula tertera lukisan mural Muzium Negara.

Setem itu dijual dengan harga RM0.60 sen sekeping manakala nilai duit syiling emas dan perak itu akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada majlis pelancarannya pada 31 Ogos di Muzium Negara,” katanya pada sidang media sempena sambutan Jubli Emas Jabatan Muzium Malaysia di sini, Selasa.

Menurutnya setem terbabit akan diedarkan di seluruh negara manakala syiling emas dan perak boleh didapati di Muzium Negara pada majlis pelancarannya.

“Bank Negara Malaysia akan mengumumkan pada hari itu lokasi lain yang turut boleh didapati syiling emas dan perak tersebut,” katanya.

Ibrahim berkata selain setem dan syiling emas, orang ramai boleh menjayakan pelbagai program yang telah diatur khusus bagi meraikan kedua-dua perayaan tersebut.

“Antaranya Pameran 50 Tahun pembentukan Malaysia (20 Ogos hingga 17 November), Bermalam di Muzium Negara (30 Ogos – 1 Sept), Kibar Jalur Gemilang (31 Ogos), perasmian sambutan 50 Tahun Muzium Negara serta perlancaran duit syiling dan setem.

– BERNAMA

This entry was posted in Commemorative coin, Commemorative Stamps, Malaysia, Philately and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s